SELAMAT DATANG ..DAN ..TERIMA KASIH



Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

selamat tahun baru 2011..semoga kehidupan ini selalu diberkati dan dilindungi oleh yang mencipta...amin

Rabu, 29 Disember 2010

ANDAI...........

andai berdiri dipantai...
lihatlah betapa indahnya ciptaan Tuhan
andai pergi kedasar lautan
lihatlah kekayaan dan kekuasaan Tuhan
Andai berdiri dan merenung ombak
pastikan diri gagah meharung badai
Kehidupan umpama aliran air
ada pasang ada surutnya....
Seandainya dapat rasa kelembutan dan nyamannya udara
bersyukurlah...dengan nafas yang masih berhembus..
Seandai merasa hidup seindah pelangi
beringatlah...suatu masa pudarnya pelangi
Semua akan datang dan pergi...
apa yang tinggal hanyalah..
sebuah memori......
kenangan adalah pengalaman....
warna pelangi adalah impian..
kesetiaan adalah hakikat...
kesabaran adalah nikmat..
kelukaan...adalah rasa cinta..
keikhlasaan itu pengubat rasa..
berteras keyakinan...ku gengam setia...
berbekal ketabahan akan ku harungi jua...
itulah kehidupan.........

Ahad, 24 Oktober 2010

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan Darah Tinggi - Rendah - Normal
[Thursday, August 14, 2008 | 2 comments ]
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut :- 120 / 80 mmHg.


■Nombor atas (120) : Menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.
■Nombor bawah (80) : Menunjukan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa kita rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.



Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan kita. Jika tekanan darah kita tinggi, doktor kita akan memeriksa semula tekanan darah kita untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah kita yang sebenar.



Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai tekanan darah tinggi (hypertension).

■Tekanan darah optima : 130 / 80 mmHg. Ini nilai ukuran yang ideal dan sihat.

■Tekanan darah tinggi : Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg. Kadar tekanan darah kita adalah terlalu tinggi.
■Tekanan darah rendah: Kurang daripada 130 / 75 mmHg.

Kita selalunya tertipu dengan darah tinggi. Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Kita mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri kita sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada kita menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah kita secara berkala.



Apa risiko tekanan darah tinggi ? Jika tekanan darah kita kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung, angin ahmar, kegagalan jantung atau kerosakan buah pinggang.



Tekanan darah rendah (hypotension) pula adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah kita yang sememangnya berbeza perlukan perhatian kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlit dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti: stroke, penyakit jantung, penyakit pada mata atau pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah.


Tanda-tanda awal pesakit darah rendah ialah seperti: cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap; pernafasan cepat dan pendek, depresi serta cepat haus.


Jika tekanan darah normal atau optima (130 / 80 mmHg), kita perlu terus mengawal tekanan darah kita, dengan cara :

■Memeriksa tekanan darah kita secara berkala - 2 kali setahun jika kadarnya normal.- Lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika kita mempunyai ahli keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.

■Tidak merokok. Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.

■Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan garam dan lemak. Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah. Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.

■Kekalkan berat badan unggul.
■Bersenam secara berkala.
■Elakkan pengambilan alkohol.
Jika kita menghidap tekanan darah tinggi, ikuti langkah-langkah berikut:

■Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.
■Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.
■Jumpa doktor secara berkala bagi mengawal tekanan darah kita.

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan Darah Tinggi
Pengenalan
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.
Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.
Bacaan Tekanan Darah
Kategori Tekanan Darah
Tinggi
Tekanan Darah
Systolic(Angka
bacaan di
atas)mmHg
Tekanan Darah
Diastolic(Angka bacaan di
bawah)mmHg
Normal < 120 And < 80
Pra Hypertensi 120- 139 or 80 - 89
Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi Peringkat 1
140 - 159 or 90 - 99
Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi Peringkat 2
> 160 or > 100
Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan
samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar,
kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.
Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?
Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada
keluarga anda dan kerja anda.
• Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi
Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
• Sebab yang tidak diketahui (90%)
• Sebab sekunder (10%)
1. Penyakit buah pinggang
2. Penyakit sistem endokrin
3. Penyakit pembuluh darah
Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.
Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolesterol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi
Tanda dan Gejala
• Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti
sakit kepala atau pening kepala
• Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
(bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
• Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.
Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan
Darah Tinggi?
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
• Otak
o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient
Ischaemic Attack)
• Penyakit jantung seperti :
o Coronary Heart Disease
o Congestive Heart Failure
o Left Ventricular Hypertrophy
• Komplikasi pada mata
o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
• Komplikasi pada buah pinggang
o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,
Microalbuminuria, Proteinuria).
• Peripheral vascular disease seperti
o Aneurysm
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi
Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit
Hypertensive/Darah Tinggi?
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat
• tanpa menggunakan ubatan
o Perlu mengubah amalan cara hidup andae
o Amalkan permakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
o Melakukan senaman berkala
o Kurangkan berat badan jika berlebihan
o Atasi tekanan secara berkesan
o Berhenti merokok
Kategori tekanan darah normal/optima
• Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
Pra Hypertensi
• Amalkan gaya hidup sihat
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang
bersesuaian.
• Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
• Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
• Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
• Amalkan pemakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
• Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
• Kurangkan berat badan jika berlebihan
• Atasi tekanan secara berkesan
• Berhenti merokok
• Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi
• Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
diarahkan
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
• Amalkan gaya hidup sihat
• Berhenti merokok
• Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
• Prevent and treat complications early
• Pengesanan komplikasi terutamanya :
o Jantung
o Ginjal
o Mata
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Kumpulan Sokongan
• Pertubuhan Hypertensi Malaysia (Malaysian Society of Hypertensi)
• NASAM
• Yayasan Jantung Negara
Semakan akhir : 22 April 2008

Ahad, 17 Oktober 2010

Anda Ku Tahu....


Andai ku tahu tiap perpisahan ada pertemuan...
Andai ku tahu setiap perjalanan ada perhentian...
Andai ku tahu secebis kasih akan kekal..
Andai ku tahu secangkir sayang masih bersisa...
Andai ku tahu secalit rindu masih berbunga...
Andai ku tahu siapakah disebalik tabir hati mu
Walaupun kini aku cuma bayang-bayang kelam....
umpama mimpi dalam mimpi
mimpi yang tak pasti...
mimpi antara bulan dan mentari...
menanti sinar biarpun hanya cahaya pelangi yang datang....

Doa Untuk Hati Yang Resah


Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ampunilah sahaja dosa-dosaku, sama ada sedar atau tidak sedar. Hanya Engkaulah yang dapat mengampuni dosa-dosaku yang banyak ini Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya.

Hiasilah hatiku, peribadiku dan seluruh kehidupanku dengan rasa kasih dan sayang serta mahabbah. Baikilah tutur kataku, lisanku dan gerak lidahku supaya tidak mengaibkan orang lain.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Lembut.

Peliharalah akhlakku dan adabku di mana sahaja supaya aku dapat memelihara diriku sebaik-baiknya. Pimpinlah aku untuk membentuk bunga-bunga akhlak yang harum tatkala orang lain memandang rendah dan membenci aku, Ya Allah.

Ya Allah,

Dalam kesunyian malam ini, aku bangun untuk bersujud dan menghadap-Mu. Aku menyerahkan seluruh jiwaku kepada-Mu. Jiwa hamba mengharap perhatian dan ehsan daripada Tuhannya. Ya Allah, hatiku amat resah, gelisah dan meronta-ronta kerana ujian kecil yang Engkau berikan ternyata umpama batu besar yang menimpa seluruh badanku. Tidak terdaya untuk aku menolak jauh-jauh batu besar itu. Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkanlah.

Dengarlah rintihan hatiku ini. Bantulah aku Ya Allah. Aku tidak terdaya untuk berhadapan dengan ujian jiwa yang berat ini. Berilah jalan keluar, tunjuklah pintu-pintu penyelesaian yang terbaik buatku.

Ya Allah, barangkali ujian ini Engkau limpahkan kepadaku kerana aku mulai renggang dengan Engkau, maafkan aku Ya Allah. Tak payahlah Engkau menambah lagi beban hidupku ini. Engkau singkap sahaja penderitaanku supaya aku dapat kembali sujud dan memohon keampunan-Mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengampun.

Aku tidak mengerti apakah ujian Engkau kepadaku untuk kali ini. Sakitnya terasa hingga ke lubuk hati. Aku menanggung duka dan derita. Hanya Engkaulah tempat aku mengadu keluhan dan rasa hati. Ya Allah, bantulah aku, tolonglah aku. Tunjukkan pintu hidayah-Mu kepadaku supaya aku dapat keluar dari ujian yang berat ini.

Ya Allah, maafkan aku, ampunilah kesalahanku. Ya Allah.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Nukilan Hati Seorang Penanti


Kata orang pertemuan ada perpisahan
Dalam perpisahan ada penantian
Ada masa penantian satu penyeksaan
Ada musim penantian perlu suatu kepastian

Pada siapa harus aku bertanya
Pada bayu dan awan yang berlalu
Engkau pergi tanpa kesan
Tanpa berita kemana menghilang

Apa yang ada hanyalah kenangan
Apa yang tinggal hanya gambar
Kenangan dan cenderahati...
Apa yang kau tinggal adalah...

SEBUAH MEMORI LUKA.......
Sekolam air mata luka...
Sedalam tasik pilu.....
Seluas laut derita.........
Sejalur hamparan duri untuk ku berlalu..

Telah ku harungi jalur yang berduri
Bersama gurisan luka dihati
Yang pasti perit bak curahan kasturi..
Ku gagahi menyusuri duri...
mencari kebahagian yang belum pasti..
Dimana dikau.....di saat itu....
PERGI ....TANPA SALAM TANPA PAMITAN.....

Selasa, 12 Oktober 2010

Nilai Sekuntum Mawar Merah....



Sejambak bunga yang mekar dan cantik
menjadi satu hadiah yang istimewa
pada sesiapa yang memilikinya.
Tidak kiralah..... bunga tersebut dari siapa
yang penting ia dari seseorang yang...
meminati anda....
Tapi apa lah maknanya sejambak bunga ros
dari nilai sekuntum ros merah...
yang satu masa adalah milik aku....
Sekuntum mawar merah sebuah puisi
berlalu tampa nokhta bersama bayu cinta
apa yang tinggal kelopak yang jatuh kebumi
dalam memori melodi luka....
kisah sendu..kisah pilu...
yang tinggal hanya kenangan

Coretan Hati.....sebuah diari kehidupan...


Hidup tidak selalunya indah, laut tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah. Namun susahnya hidup, geloranya laut dan mendungnya hari bukanlah pencacat sebuah diari kehidupan. Setiap yang berlaku dan apa yang kita lalui itu ada hikmahnya. Ada cerita di sebaliknya. Kita perlu bersedia menghadapinya dan mencari maknanya supaya kita sentiasa ingat kepada Yang Maha Kuasa.
Perlu kita sedar dan yakin dalam apa juga situasi, Allah s.w.t sentiasa bersama kita. Hanya kita sendiri yang seringkali menghindarkan diri dan alpa daripada Allah s.w.t. Mungkin ada masanya kita terleka dengan sepoi angin bahagia dunia yang sementara. Atau mungkin kita berada di puncak kebimbingan yang sangat hampir dengan gunung kegagalan dan kekeciwaan. Ini yang selalu membuat kita jauh dari Allah s.wt dan dilanda kesedihan.
Terlalu bahagia atau terlalu senang akan membuat kita mudah terlena,terlalu sedih juga akan membuat kita mudah terbabas ke lorong suram.
Oleh itu hiburkanlah hati, tenangkanlah fikiran. Warnai hidup ini dengan bunga-bunga senyuman, dinginkanlah hati dengan salju ketabahan, wangikanlah suasana dengan renjisan kesabaran dn indahkanlah lagi dengan sentuhan keimanan. Hidup ini akan lebih bermakna dan diri kita akan lebih berharga. Pasti usia yang berlalu setiap saat tidak sia-sia.....

Isnin, 11 Oktober 2010

Kenangan Semalam......


....Yang berlalu biarlah berlalu....
Haruskah aku terus mengheret diri dengan kenangan silam
Haruskah aku membiarkan diri dengan kesedihan...
Haruskah aku membiarkan kesedihan bersarang dhati
Meskipun ada kalanya...amat memedihkan..
Layakkah aku menanti kasih yang hadirnya secebis cuma...
.....Relakah menerima diri yang tidak sempurna
Walau tahu diri ini umpama pipit kecil di sarang terbuang..
Pada siapa dapat ku sampaikan melodi hati ini....

Kekeliruan...
lalu bermulalah perlarian...
membawa rajuk hati..
kecewa, hampa...
sendiri mencari bahagia...yang tak pernah kunjung tiba.....

...yang tinggal kini nama yang diabadikan...
Sepotong nama yang indah tapi tiada hidupnya..
Dihati ada luka ...ada sakitnya...
Dihati juga masih punya rindu...tapi...
....setiap yang terjadi adalah ketentuan Ilahi...

Perpisahan membuat aku lupa...
Manusia hanya merancang...

Khamis, 19 Ogos 2010

PERMATA YANG DICARI.....






Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Isnin, 16 Ogos 2010

Kasih Sayang Itu Titi






Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Semenjak Kau Hadir

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Rabu, 28 Julai 2010

Liku Kehidupan


Hidup ini ada manis ada pahitnya..
.Asam garam kehidupan...
Kematian,perpisahaan dan pengkhianatan
telah menghiris hati..
Kelukaan biarpun sembuh di belat masa
hilang parut duka tapi kepedihan semalam
menjadi galuran yang tidak mungkin dipadam..
Sebuah masa silam yang tidak mahu diulang kambali..
Pergilah wahai hati-hati yang degil
Jauhkan diri dari hati yang berdarah ini
Biarkan ku belat hati yang berdarah ini
biarkan jiwa ini bersama duka yang terpendam

Aku akan terus meyelurusi liku derita
mendengar rintihan jiwa bersama kesepian malam
mengesat air mata dengan selendang duka....
Aku hanya mahukan mata yang tidak menangis
bibir yang tidak menipu.....
Biarlah yang berlaku itu berlalu
Benciku tidak mungkin berubah sayang....

Isnin, 24 Mei 2010

Sekitar Sambutan Hari Guru 2010 SKKG.KEDA....




KAMI GURU MALAYSIA.......












Ta....da...Pentas kami dah siap.....





Pos....sebelum hias pentas.....nak sambut Hari Guru 2010.... Sebelum
ni kami ada acara masak-memasak untuk jamuan....dan juga gotong-royong dengan murid-murid......nak bagi suasana yang ceria semasa sambutan.....
























PERJALANAN PULANG DARI LASOR...2005

PERJALANAN YANG MENYERONOKAN......TAKUT...LETIH SEMUA ADA
TAPI BEST....DAH BEST TU REDAH JE.......MEMANG BEST SEBAB JUMPA
MACAM-MACAM .......

Rabu, 19 Mei 2010

Salam Perpisahan.....



Salam akhir .....


salam yang teristemewa.....

bersamanya ku mohon keampunan......




Kamilah Penyambung Warisan......


Ahad 16 Mei 2010...Sambutan Hari Guru Di SK Kg Keda.........


Aku bukanlah seorang perwira


gagah menghunus senjata..


Namun hati rela berjuang


Walau dengan cara sendiri


Demi cinta ini...









PIALAKU PENUH AIR MATA......


Dia ambil dari jiwaku kehendak untuk hidup

Tamannya adalah hanya bayangan

Dibawah bunga rosnya ada ular

Didasar tasiknya.....

Tiada apa-apa kecuali ...mutiara buruk

dari lautan....


Gambar yang indah telah dirosakkan oleh berusmu

Hatiku menangis...meratap kerana kosongnya PIALAku..

Tali muzikku tidak tentu arah

Aku diikat dengan urat buanga ros

Aku dilukakan oleh bayu...

Aku menjadi mabuk dan mengemis....

mencuri rupa keindahan dari kekisi

Dukacita....kesedihan ....tercedera....

Disepak hampir mati oleh PENJAGA

Terbuang seperti buluh oleh KEDUKAAN...

Tanpa nilai..harapan dan matlamat...

.........Aku bagaikan patung yang tidak siap

Tidak diingini....tidak berguna....tidak BERNILAI....

Sabtu, 15 Mei 2010

MPTI 85/87 Dalam Kenangan...

Bermulanya disini.........Dulu..kini dan selamanya.....

Sabtu, 8 Mei 2010

BICARA HATI......


betapa indahnya ciptaan tuhan ...
betapa nikmatnya udara...
betapa kita mesti bersyukur...
atas segala nikmat itu......
Ya ALLAH, apa sahaja nikmat yang aku dapat
waktu pagi dan siang daripada sesiapa
makhluk-MU,maka sebenarnya daripada ENGKAU jua...
Pujian dan kesyukuranku untuk-MU........
Aku mengaku segala nikmat-MU kepadaku
dan aku mengaku segala dosaku pada-MU
Tiada yang dapat mengampunkan aku kecuali...
ENGKAU , ya ALLAH......
ya,ALLAH, ampunkanlah dosa-dosaku,
kesalahan-kesalahanku dan
segala sesuatu yang melampaui batas....amin

Rabu, 5 Mei 2010

AKU DAN ALAM..........


Gunung.........
Apabila gunung hilang dirinya,
ia jadi pasir
dan meragut laut mengalun atasnya.
Ombak.....
selagi ia ombak atas laut
ia penonggang diatas belakang laut.
Cahaya......
menukar diri dalam mata
dan bergerak mundar-mandir mencari keindahan.
Rumput.......
Apabila rumput mendapat jalan tumbuh dirinya,
Aspirasinya memecahkan dada tanaman.
Lilin.......
Lilinpun akan menjeritkan dirinya
Dan membina dirinya dari zarah...
kemudian........
ia mencairkan dirinya....
DAN...lari dari dirinya
Hingga.....akhirnya ia menitis seperti menangis...

"JIKA TEPI BERLIAN ITU TAHAN DIRINYA
IA TAK AKAN LUKA...
APABILA HIDUP MENGUMPULKAN KEKUATAN DIRI
SUNGAI HIDUP MEMBESAR MENJADI LAUTAN"

Isnin, 3 Mei 2010

Sekadar Renungan Buat Hati-Hati Yang Sendu


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan abapila ia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan diri
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit dan seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
ALLAH mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntunglah mereka yang menyucikannya dan
merugilah mereka yang mengotorinya.
(as-Syams:1-9)
Lidahku kelu memanggil nama-Mu,ya ALLAH. Bimbinglah
ucapanku untuk bermohon dan bermunajat pada MU.....
Ya ALLAH,ENGKAU yang menundukkan matahari dan bulan.
ENGKAU yang mengedarkan galaksi-galaksi, ENGKAU yang
mengatur segala urusan.
Ya ALLAH,segala keagungan hanyalah milik MU.
Engkau pemilik kehidupan dan kematian.
Kumohon petunjuk MU. Kumohon bimbingan MU.
Ya ALLAH yang memberi rezeki, ENGKAU turunkan air ke
muka bumi hingga kudapat minum dan ENGKAU tumbuhkan tumbuh-
tumbuhan di muka bumi hingga kudapat makan.
Ya Allah, ENGKAUlah sandaran hidupku. Dengan segala keredahan hati
aku memohon keampunan dan petunjuk Mu
Agar aku sentiasa berada dalam keredaan-MU...
Aku tahu ENGKAU melihatku meskipun mata ku tidak
mampu melihat MU.Aku tahu ENGKAU mendengar meski aku
tidak mampu mendengar MU...
Hanya kepada MU aku memohon dan meminta perlindungan
Berilah aku kekuatan untuk mengharungi hidup ini
dan matikan aku dalam iman....
Ya ILLAHI RABBI, jangan biarkan aku mencintai dunia
melebihi cinta ku pada MU dan jangan biarkan aku mencintai
diriku melebihi cintaku pada MU.Ya ALLAH ,ampunkanlah segala
dosa-dosaku. Maafkan kejahilan hamba-MU.Ku sering melanggar
suruhan MU sama ada sedar atau tidak.

Sabtu, 1 Mei 2010

Andai dapat ku Putar waktu itu....


ku biarkan duka hati

ku pinggirkan sayu yang menyelubungi jiwaku

Andai dapat ku cari damai yang abadi...

Andai ditakdirkan pertemuan adalah perpisahan

Hadapi kenyataan dengan berani

Tabah menghadapi apa juga

Semoga ada titik nokhtanya.......

Jika ditakdirkan betemu....

Semuanya suratan ilahi...hadapi kenyataan

Biar apapun terjadi.....Tabahlah hati.....

Andai dapat kuminta....

Janganlah kau pergi........

Demi sebuah kenyataan yang menyakitkan...

AKU YANG TAK BERDAYA BERSERAH KEPADANYA.......

ANDAI KU PUNYA WAKTU..

INGIN KU ULANG SAAT INDAH BERSAMAMU........

ANDAI ADA RUANG UNTUK KU...
izinkan ku menumpang.......
sekadar dipinggiran........

Takdir Cinta



Kututup mataku dari semua pandanganku


Bila melihat matamu ku yakin ada cinta


ketulusan hati yang mengalir lembut




Penguasa alam tolonglah pegangi aku


biarku tak jatuh pada sumur dosa


yang terkutuk dan menyesatkan cintaku


anadaikan ku bisa lebih adil pada cinta kau dan dia


aku bukan nabi yang bisa sempurna


ku tak luput dari dosa


biarlah ku hidup seperti ini


takdir cinta harus begini


ada kau dan dia bukan ku yang mahu


Oh tuhan tuntunlah hati ku........

-rossa-




Selasa, 27 April 2010

Hati Oh! Hati....


...Hati kenapa rasa bagai ditusuk semilu....Kuatlah....jangan terlalu resah..
Tabahlah..untuk jasadmu....
Walau kemarau tanpa hadirnya setitik air..sabarlah wahai hati..
Hati ini diuji...jangan terlalu ikutkan rasa kelak binasa diri sendiri...
...Wahai angin sampaikan salam rindu...
dengarlah wahai bayu...dimana jua kau berada....
.....Buat jiwa yang resah hadirkan dirimu pada penciptamu
sejauh mana kau melangkah...jangan pernah kau tinggalkan NYA
..Wahai hati jika kau menadah air..jangan bersandar pada buyungnya
andai buyung itu bocor...tidak mudah untuk kau tampal..
Wahai hati andai kau mencipta kasih...simpanlah sedikit untuk
bekalan ketika sendiri...Jangan mengharap terlalu tinggi , andai jatuh
kesakitannya tidak terperi.....
..Wahai jiwa andai mengail di laut dalam...andai ikan lekat dikail,
ambillah ia jangan dibiar walau sedetik....jika dibiar takut kail terkena jari
bisanya tidak terperi...bagi duri tertusuk dijari.......luka bisanya tidak terperi
pedihnya bagai dipercik titisan kasturi...............
...Andai dapat ku...luahkan ....pada dunia....akan ku lagukan..
lagu sendu...lagu pilu...
Tapi hati tenanglah...setenang air ditasik ...namapak hijau...sejuk mata memandang
beralun bila ditiup bayu...sejuk bak salju.....
Tabahlah hati....demi...jasad ini......
Abadikan cerita sendu dihati ...sedalam mana yang terdaya....
Cerita hati....cerita jiwa.....abadikan disebalik sekuntum senyuman
sebunyikan dalam kolam air mata...agar tidak terlimpah di alam nyata......
Sandarkan pada kenangan..........

Rabu, 21 April 2010

BICARA SANG GADIS.....Khas buat


Buat insan yang jauh di mata dekat di hati..........

kenangan hanya tinggal kenangan

Selagi ada rindu....selagi ada waktu....





"Sering kau mengganggu ketenteramanku

Sehinggakan sudah tidak ada ruang untukku melarikan diri lagi.

Aku dijadikan bahan gurau senda olehmu

Aku dijadikan mangsa untuk kau menghiburkan hatimu

Dan aku dijadikan bahan uj kajimu bagi melampiaskan

segala kenakalanmu yang tidak ubah seperti Shin-chan

Letih diriku melayan kerenahmu yang tidak pernah jemu-jemu mengusikku

Sehinggakan alam kanak-kanak meninggalkan kita

Kau masih juga dengan kenakalanmu yang tidak sudah-sudah



Sungguh tidak dapat aku membohongi diriku lagi

Betapa kehadiranmu amat bermakna dalam kehidupanku

Tanpa aku sedari, aku telah terlalu terbiasa dengan adanya dirimu.



Bila kau tiada walau seketika, alamku terasa sepi

Kesunyian membaluti sekeping hati

aku memberanikan diriku untuk mengatakan inilah

kasih sayang sebuah persahabtan



Benarkah perasaan untuk sahabat? Aku sendiri keliru

Wahai pujanggaku, adakah perasaan ini adalah cinta?



Kutatap wajahmu ketika dirimu terleka

Rambutmu kulihat kusut masai bagaikan penagih dadah yang tegar

Kulihat matamu yang kuyu dikala kau berbicara

Kau seumpama apek jual sayur yang tidak cukup tidur

Aku renung bibirmu yang lincah berkata-kata,

aku mendapati senyumanmu umpama bapak ayam yang mencari mangsa

Aku mencuri-curi penampilanmu yang selekeh,

kau tidak ubah seperti penyanyi rock di jalanan

Menyedari hakikat itu, terasa inginku memanjat bangunan

A famosa lalu terjun ke bawah

Biarlah aku tenggelam ke dalam dasar tanah yang dalam

lagi kelam

Mungkin itu adalah lebih baik dari mencintaimu



Namun, kau kini telah pergi jauh meninggalkan aku tanpa dapat aku menghalang

Terasa bagaikan melayang nyawaku ini daripada jasad

mengharungi hari tanpamu.Hari-hari yang ku lalui terasa asing sekali

Lalu jadilah aku gadis yang mencintai kenangan.



Setelah kau ku temui, kau telah berubah

aku bagaikan tidak percaya melihat betapa kacaknya dirimu

Kau menjadi rebutan para jelitawan

Sedangkan aku tidak kau pandang walau sebelah mata

Kau telah menjadi kaya-raya

Kerana rupa,kerana kekayaan, kau telah menjadi lelaki

yang cukup asing bagiku

Kau membuatkan aku merindui pujanggaku yang sering kali

menghiburkan hatiku.



Ohh...betapa aku benar-benar mahu kau seperti dahulu

Pujanggaku, kembalilah seperti suatu masa dahulu....kerana

gadis ini amat merinduimu."



Sumber: CINTA UNTUKMU- Siti Nur Duha

Isnin, 19 April 2010

Untuk Kesuma......


hari ini saya rasa sayu...sedih...sunyi...dan boring sangat.....Rasanya hari ini saya banyak sangat baung masa...saya ingat kampong..ingat rumah kampong...ingat zaman kecik-kecik....zaman sekolah..zaman yang pada saya tak dapat saya gamit kembali......Andai dapat saya putar kembali....alangkah bahagianya....rasanya kalau dapat saya minta dengan Tuhan ....saya nak kembali ke zaman itu... Kalaulah saya boleh cipta masa tu....Saya akan ciptanya.....Rasanya hanya dalam mimpi....segalanya dah hilang... andai saya kembali ke tempat yang saya kehilang itu...tak pasti semuanya saya akan temui kembali.....

Andai saya di beri pilihan ....saya akan terus mencari..... tapi apa yang saya cari....bukan kepastian ....tapi hakikatnya apa yang saya cari tak mungkin saya miliki.....Kejam......Saya terkisah diantara cerita yang sangat rumit.....Mujurlah saya masih ada DIA..... hanya DIA tempat saya kini......Maaf ...Kalau saya tak sempurna.....tuhan ku.....Maaf dan ampunkan aku ...tika ku bersujud....Amin....

Kini aku ingin akhiri semua....aku perlukan yang baru....untuk hidup baru ku....Aku mesti berani menghadapi apa jua.......Tapi aku takut untuk berjanji walau pada diri sendiri.....


Aku perlukan ketenangan dan .....setelah bertahun lama dikaburkan oleh arus masa.....
..... aku akan buktikan......untukmu...nama yang telah terukir tak akan ku padam...biar jauh dari pandangan ia akan tetap permai.......Aku takut kembali ke tempat sendiri......Wahai diri dengarlah....kuatkan semangat........aku boleh..........setelah begitu banyak pengorbanan dan masa yang aku berikan aku tak akan persiakan....Hidup mesti berani.......selagi ia berada dilandasan yang benar......Harapan Hatiku ingin hidup bahagia.......aku tak mahu diluka lagi.........


'I Plan my Work And I Work My Plan'

Sekali jatuh, tak bangun-kalah.Sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun-tak kalah.
Setiap orang pernah jatuh, Hanya mereka yang bangun dan terus bangun selepas
setiap kali jatuh akhirnya akan menjadi juara........Walau saya tahu dalam senyum ini ada tangisan ,tangisan seorang insan terluka.... dalam jiwa ini ada pilu.....

Khamis, 15 April 2010

....refleksi..25November2009......

...25 November 2009.....


Saya menerima kuliah dari Dr.S Balasubramaniam. Peranan guru sebagai 'Physsical Enviroment Designer'. Ciri-ciri yang ada pada seorang guru serta Pengurusan Sosio-Emosi. Dalam tajuk-tajuk tersebut ianya dapat membantu saya mengemaskini pengurusan fizikal, bukan sahaja pasarana serta kemudahan fizikal. Pengurusan yang baik dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif memandangkan murid-murid datang dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Guru harus menyediakan susun atur bilik darjah, sudut pembelajaran, sudut bacaan dan mengambil kira kesesuaian serta mewujudkan mesra budaya.

Kaedah bermain juga merupakan satu kaedah yang membantu guru menghasilkan pembelajaran berkesan. Kanak-kanak tidak dapat dilarikan dari bermain. Pada pandangan saya konsep bermain dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek dan pembelajaran juga berlaku dalam proses bermain. Ia juga merupakan salah satu cara kanak-kanak berinteraksi. Apa yang penting bagi mewujudkan perubahan tingkah laku, ciri-ciri penyayang, faham perasaan kanak-kanak (murid), ikhlas, berpengetahuan tentang latar belakang murid, sikap adil, menghormati serta sikap ambil berat guru adalah unsur utama seorang guru untuk membantu perkembangan pembelajaran murid.



.....26November2009......Saya telah menerima kuliah mengenai Teori Pembelajaran (Teori Pembelajaran Konstruktivis) dari Encik Rajoo . Sebagai seorang guru teori ini dapat memberi panduan kepada saya dalam melaksanakan proses pengajaran di sekolah. Dalam teori ini murid digalakkan untuk berinteraksi kerana pembelajaran adalah aktiviti sosial. Sebagai guru kita patut peka bahawa pembelajaran melibatkan bahasa. Guru juga perlu memberi motivasi kepada murid bagi mencapai pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Sebagai guru kita mesti sedar murid dapat menyelesaikan masalah dengan bantuan orang dewasa. Guru juga kena faham budaya murid dan meletakkan murid dalam pelbagai kumpulan. Guru juga harus memberi peluang kepada murid meneroka sesuatu yang baru........

Sabtu, 10 April 2010

Sekadar Renungan......

'HENDAK SERIBU DAYA, MAHU SERIBU CARA'

FOR THINGS TO CHANGES I MUST CHANGE FIRST...........

Nasib diri tidak akan berubah dan peluang masa depan juga tidak akan berubah melainkan diri sendiri yang membawa perubahan terlebih dahulu.

Dalam hidup,

janganlah kita mengharapkan orang lain atau suasana sekeliling sekeliling berubah terlebih dahulu daripada kita.

Untuk kebaikan diri sendiri, kitalah yang perlu membawa perubahan berkenaan, walaupun orang lain atau keadaan sekeliling tidak berubah.......





EVERYONE THINKS OF CHANGING THE WORLD....BUT..NO ONE THINKS OF CHANGING HIMSELF........

SUMBER: Siri kaunseling Masyarakat Terbilang

Jumaat, 9 April 2010

Hanya Satu Catatan Untuk Saya.....REFLEKSI OH..REFLEKSI
....DAPATAN SAYA TIGA MINGGU DI IPG KAMPUS PULAU PINANG..
Minggu pertama....24 hingga 26 November 2009.
24 November 2009 .................
.....saya telah menerima kuliah Mata Pelajaran EDU dari Dr.S Balasubramaniam mengenai Alam Belajar. Tajuk-tajuk kuliah yang disampaikan kepada saya merupakan senario dalam alam pembelajaran kanak-kanak. Sebagai guru kita mestilah peka kepada pesekitaran tersebut.
Dari isi pembelajaran hari ini, sebagai seorang guru kita mesti mengambil kira situasi atau pesekitaran kanak-kanak dalam merancang pembelajaran yang berkesan. Guru juga perlu merangsang minat belajar kanak-kanak bagi mencapai perubahan tingkah laku. Ada tiga aspek yang harus guru ambil kira iaitu aspek fizikal, psikososial dan komuniti pembelajaran.
Murid-murid kita hadir dari pesekitaran yang berbeza, jadi ini adalah tanggungjawab seorang guru menyediakan pesekitaran dan fizikal bilik darjah yang teratur dan selamat serta diterima .
Pesekitaran fizikal yang terancang dan selamat memberi implak yang besar kepada pembelajarab murid.
Gaya kepimpinan guru, pengurusan kelas , iklim bilik darjah juga perlu diambil kira. Guru perlu membina hubungan baik antara guru dan murid, murid dan murid . Penggunaan bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi membantu pembelajaran berkesan.
Berpandukan Hieraki Maslow, sebagai guru ia dapat membantu kita merancang dan dapat memahami kehendak murid yang datang dari pelbagai pesekitaran. Ini dapat membantu kita merancang pembelajaran yang berkesan.............

Sabtu, 3 April 2010

APA ITU CINTA PERTAMA......

.....Saya sebenarnya kurang arif tentang cinta....Tapi saya yakin pada cinta pertama...justeru itu saya suka berkongsi pendapat mengenai cinta itu.....Hanya ada lima abjda C,I,N,T,A....kalau dikaji balik sama dengan abjad ALLAH dan RASUL....



Cinta pada ALLAH dan RASUL pada saya wajib dan tak perlu dibanding atas apa juga nama cinta yang lain....Mungkin cinta yang terbiat dalam setiap sanubari umat manusia itulah anugerah yang diberikan oleh NYA...Bagi saya anugerah itu sangat berharga......perlulah dihargai.


......Setiap kita mempunyai pandangan yang berbeda tentang cinta....Cinta itu indah bagi yang
mengerti...bukan hanya sekadar ucapan yang bermain antara dua bibir....Saya rasakan cinta itu


......bertandang dari lubuk hati yang paling dalam....Cinta tak boleh dipaksa....Bagi saya cinta hanya sekali.....dan sayang boleh datang berkali-kali....kerana dalam cinta ada kasih,sayang dan pengorbanan......


......Bagi saya ungkapan sayang tak kemana...."sayang-sayang buah kepayang , ditelan pahit dibuang sayang.......".Ada antara kita yang dapat hidup dengan hanya ada sayang....tapi bagi saya , saya perlukan cinta yang dalamnya ada kasih,sayang, pengorbanan dan kesetiaan....


Ungkapan lama ada bermadah.....


"tuai padi antara masak,

esok jangan layu-layuan

intai kami antara nampak,

esok jangan rindu-rinduan


Anak cina memasang lukah,

Lukah dipasang ditanjung jati,

Di dalam hati tidak kulupa ,

Sebagai rambut bersimpul mati.

Batang selasih permainan budak,


Daun selasih dimakan budak


Bercerai kasih talak tiada


Seribu tahun bertemu jua...................


Pada saya cukup mudah....untuk mentafsir madah lama ini.....Cukup pada saya mengabadikancinta pertama saya....dan kesetian saya untuk cinta itu tak pernah luntur.....saya sangat yakin pada cinta itu....Walaupun kita tidak dapat memiliki dan dimiliki tapi satu rasa ...yang lahir dari dalam hati yang paling dalam...hanya kita yang boleh mentafsirkannya......



.......Walau apapun jua....redalah dengan ketentuan NYA.........kerana semua itu milik DIA.


......Hidup hanya sekali, mati sekali dan bercinta pada saya Hanya Sekali.....

"CINTA PERTAMA CINTA YANG TAK PERNAH DILUPAKAN......"


Khamis, 1 April 2010

APA KATA HATI......BILA BERBICARA...TENTANG CINTA

.....Cinta lukisan jiwa..bila rindu membeku, bayangan kasihmu memburu langkahku....hati dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu dan titisan haruman kasihku mewangi tanpa sedar....Walaupun tanpa lafaz cinta dan sayang....dirimu tetap bersemadi di lipatan hati selamanya...

.....Nilai sebuah rasa bukan hanya sekadar memiliki jasadnya, tetapi....nilai itu lebih berharga andai dapat memenangi hatinya dengan penuh keikhlasaan.....Ku cari ....cinta yang tak pernah
melukai .....Cinta yang tak pernah memungkiri kata hati......andai cinta itu bukan milikku aku......
rela engkau pergi.Namun .....jika engkau sememangnaya sudah ditakdirkan untukku.....jangan biarkan aku ditinggal sepi......Sudah lumrah alam manusia punya rasa untuk mencinta dan
dicintai...........Cinta itu satu anugerahNYA.....

.......Seumpama bayang-bayangku sendiri.....ingatan padamu kekasih ....
tetap mengekori laluan hidupku ini
......mengenalimu.......mencintaimu.......duniaku dikelilingi warna-warna indah....
Apakah yang membezakan antara dulu dan kini....ada maya penyubur kasih....
......Andai kau kutip seribu kerikil sekalipun untuk merejam hatiku.......
Namun aku takkan berpaling dari sisimu........seumpama mimpi dalam mimpi.

......Jatuh cinta adalah satu pandangan sesaat.....Pandangan yang menghentikan kata...mematikan bicara....dapat menggetarkan seribu rasa.......
......Walauku cuba lontarkan cinta itu jauh dari hatiku...........namun dalam diam....
cinta itu.... tetapa bersemadi hingga kini......Kekasih
peluklah daku sejujurnya....agar dapat kulihat ...kunilai kejujuranmu mencintaiku.....