SELAMAT DATANG ..DAN ..TERIMA KASIH



Khamis, 15 April 2010

....refleksi..25November2009......

...25 November 2009.....


Saya menerima kuliah dari Dr.S Balasubramaniam. Peranan guru sebagai 'Physsical Enviroment Designer'. Ciri-ciri yang ada pada seorang guru serta Pengurusan Sosio-Emosi. Dalam tajuk-tajuk tersebut ianya dapat membantu saya mengemaskini pengurusan fizikal, bukan sahaja pasarana serta kemudahan fizikal. Pengurusan yang baik dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif memandangkan murid-murid datang dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Guru harus menyediakan susun atur bilik darjah, sudut pembelajaran, sudut bacaan dan mengambil kira kesesuaian serta mewujudkan mesra budaya.

Kaedah bermain juga merupakan satu kaedah yang membantu guru menghasilkan pembelajaran berkesan. Kanak-kanak tidak dapat dilarikan dari bermain. Pada pandangan saya konsep bermain dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek dan pembelajaran juga berlaku dalam proses bermain. Ia juga merupakan salah satu cara kanak-kanak berinteraksi. Apa yang penting bagi mewujudkan perubahan tingkah laku, ciri-ciri penyayang, faham perasaan kanak-kanak (murid), ikhlas, berpengetahuan tentang latar belakang murid, sikap adil, menghormati serta sikap ambil berat guru adalah unsur utama seorang guru untuk membantu perkembangan pembelajaran murid.



.....26November2009......Saya telah menerima kuliah mengenai Teori Pembelajaran (Teori Pembelajaran Konstruktivis) dari Encik Rajoo . Sebagai seorang guru teori ini dapat memberi panduan kepada saya dalam melaksanakan proses pengajaran di sekolah. Dalam teori ini murid digalakkan untuk berinteraksi kerana pembelajaran adalah aktiviti sosial. Sebagai guru kita patut peka bahawa pembelajaran melibatkan bahasa. Guru juga perlu memberi motivasi kepada murid bagi mencapai pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Sebagai guru kita mesti sedar murid dapat menyelesaikan masalah dengan bantuan orang dewasa. Guru juga kena faham budaya murid dan meletakkan murid dalam pelbagai kumpulan. Guru juga harus memberi peluang kepada murid meneroka sesuatu yang baru........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan