SELAMAT DATANG ..DAN ..TERIMA KASIH



Jumaat, 9 Disember 2011

Sabtu, 23 April 2011

Kemana.............kerana aku bukan ada sesiapa

ada rasa sedih
ada rasa terbuang
ada rasa tak diperlukan
ada rasa tak berguna untuk sesiapa
ada rasa terbiar
ada rasa dipinggirkan
ada rasa lebih baik sendiri
ada rasa lebih baik tanpa sesiapa
ada rasa nak pergi jauh
semua rasa keciwa....
nak kemana sebenarnya...
kemana hala tuju
kemana ...kemana..kemana...
buat rasa diri malas aja.......
kalau difikirkan ada keluarga itu bahagia
ya ...mungkin
kalau rasa kita kaya..itu bahagia
ya ..mungkin ya mungkin tidak
kalau rasa kita tidak diperlukan itu mengeciwakan
Ya..mungkin ya ...mungkin tidak
kemana sebenarnya bahagia tu
dihati....yang dekat dengan DIA...
pencipta alam...
semoga DIA sentiasa dekat denganku
semoga DIA sentiasa bersamaku
semoga DIA sentiasa memahamiku
semoga DIA melindungiku...
Kerana aku sedar cuma DIA sahaja yang ada untuk aku
Aku mohon pada diri dan hati ini janganlah aku jauh dariNYA
kerana...aku bukan ada sesiapa...

Khamis, 6 Januari 2011

salam tahun baru...........

Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami sekeluarga dan keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba² Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan di sepanjang tahun yang akan datang.

Ya Allah,kekalkanlah tahun 2011 yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami , kenikmatan yang ada padanya. Tetapkanlah iman kami, kesihatan tubuh badan kami juga kesenangan harta benda kami.

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.

Amin amin ya Rabbil ‘alamin