SELAMAT DATANG ..DAN ..TERIMA KASIH



Rabu, 21 April 2010

BICARA SANG GADIS.....Khas buat


Buat insan yang jauh di mata dekat di hati..........

kenangan hanya tinggal kenangan

Selagi ada rindu....selagi ada waktu....





"Sering kau mengganggu ketenteramanku

Sehinggakan sudah tidak ada ruang untukku melarikan diri lagi.

Aku dijadikan bahan gurau senda olehmu

Aku dijadikan mangsa untuk kau menghiburkan hatimu

Dan aku dijadikan bahan uj kajimu bagi melampiaskan

segala kenakalanmu yang tidak ubah seperti Shin-chan

Letih diriku melayan kerenahmu yang tidak pernah jemu-jemu mengusikku

Sehinggakan alam kanak-kanak meninggalkan kita

Kau masih juga dengan kenakalanmu yang tidak sudah-sudah



Sungguh tidak dapat aku membohongi diriku lagi

Betapa kehadiranmu amat bermakna dalam kehidupanku

Tanpa aku sedari, aku telah terlalu terbiasa dengan adanya dirimu.



Bila kau tiada walau seketika, alamku terasa sepi

Kesunyian membaluti sekeping hati

aku memberanikan diriku untuk mengatakan inilah

kasih sayang sebuah persahabtan



Benarkah perasaan untuk sahabat? Aku sendiri keliru

Wahai pujanggaku, adakah perasaan ini adalah cinta?



Kutatap wajahmu ketika dirimu terleka

Rambutmu kulihat kusut masai bagaikan penagih dadah yang tegar

Kulihat matamu yang kuyu dikala kau berbicara

Kau seumpama apek jual sayur yang tidak cukup tidur

Aku renung bibirmu yang lincah berkata-kata,

aku mendapati senyumanmu umpama bapak ayam yang mencari mangsa

Aku mencuri-curi penampilanmu yang selekeh,

kau tidak ubah seperti penyanyi rock di jalanan

Menyedari hakikat itu, terasa inginku memanjat bangunan

A famosa lalu terjun ke bawah

Biarlah aku tenggelam ke dalam dasar tanah yang dalam

lagi kelam

Mungkin itu adalah lebih baik dari mencintaimu



Namun, kau kini telah pergi jauh meninggalkan aku tanpa dapat aku menghalang

Terasa bagaikan melayang nyawaku ini daripada jasad

mengharungi hari tanpamu.Hari-hari yang ku lalui terasa asing sekali

Lalu jadilah aku gadis yang mencintai kenangan.



Setelah kau ku temui, kau telah berubah

aku bagaikan tidak percaya melihat betapa kacaknya dirimu

Kau menjadi rebutan para jelitawan

Sedangkan aku tidak kau pandang walau sebelah mata

Kau telah menjadi kaya-raya

Kerana rupa,kerana kekayaan, kau telah menjadi lelaki

yang cukup asing bagiku

Kau membuatkan aku merindui pujanggaku yang sering kali

menghiburkan hatiku.



Ohh...betapa aku benar-benar mahu kau seperti dahulu

Pujanggaku, kembalilah seperti suatu masa dahulu....kerana

gadis ini amat merinduimu."



Sumber: CINTA UNTUKMU- Siti Nur Duha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan