SELAMAT DATANG ..DAN ..TERIMA KASIH



Jumaat, 9 April 2010

Hanya Satu Catatan Untuk Saya.....REFLEKSI OH..REFLEKSI
....DAPATAN SAYA TIGA MINGGU DI IPG KAMPUS PULAU PINANG..
Minggu pertama....24 hingga 26 November 2009.
24 November 2009 .................
.....saya telah menerima kuliah Mata Pelajaran EDU dari Dr.S Balasubramaniam mengenai Alam Belajar. Tajuk-tajuk kuliah yang disampaikan kepada saya merupakan senario dalam alam pembelajaran kanak-kanak. Sebagai guru kita mestilah peka kepada pesekitaran tersebut.
Dari isi pembelajaran hari ini, sebagai seorang guru kita mesti mengambil kira situasi atau pesekitaran kanak-kanak dalam merancang pembelajaran yang berkesan. Guru juga perlu merangsang minat belajar kanak-kanak bagi mencapai perubahan tingkah laku. Ada tiga aspek yang harus guru ambil kira iaitu aspek fizikal, psikososial dan komuniti pembelajaran.
Murid-murid kita hadir dari pesekitaran yang berbeza, jadi ini adalah tanggungjawab seorang guru menyediakan pesekitaran dan fizikal bilik darjah yang teratur dan selamat serta diterima .
Pesekitaran fizikal yang terancang dan selamat memberi implak yang besar kepada pembelajarab murid.
Gaya kepimpinan guru, pengurusan kelas , iklim bilik darjah juga perlu diambil kira. Guru perlu membina hubungan baik antara guru dan murid, murid dan murid . Penggunaan bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi membantu pembelajaran berkesan.
Berpandukan Hieraki Maslow, sebagai guru ia dapat membantu kita merancang dan dapat memahami kehendak murid yang datang dari pelbagai pesekitaran. Ini dapat membantu kita merancang pembelajaran yang berkesan.............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan