SELAMAT DATANG ..DAN ..TERIMA KASIH
Jumaat, 31 Disember 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2011
selamat tahun baru 2011..semoga kehidupan ini selalu diberkati dan dilindungi oleh yang mencipta...amin
Rabu, 29 Disember 2010
ANDAI...........
andai berdiri dipantai...
lihatlah betapa indahnya ciptaan Tuhan
andai pergi kedasar lautan
lihatlah kekayaan dan kekuasaan Tuhan
Andai berdiri dan merenung ombak
pastikan diri gagah meharung badai
Kehidupan umpama aliran air
ada pasang ada surutnya....
Seandainya dapat rasa kelembutan dan nyamannya udara
bersyukurlah...dengan nafas yang masih berhembus..
Seandai merasa hidup seindah pelangi
beringatlah...suatu masa pudarnya pelangi
Semua akan datang dan pergi...
apa yang tinggal hanyalah..
sebuah memori......
kenangan adalah pengalaman....
warna pelangi adalah impian..
kesetiaan adalah hakikat...
kesabaran adalah nikmat..
kelukaan...adalah rasa cinta..
keikhlasaan itu pengubat rasa..
berteras keyakinan...ku gengam setia...
berbekal ketabahan akan ku harungi jua...
itulah kehidupan.........

Ahad, 24 Oktober 2010
Tekanan Darah Tinggi
Tekanan Darah Tinggi - Rendah - Normal
[Thursday, August 14, 2008 | 2 comments ]
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut :- 120 / 80 mmHg.
■Nombor atas (120) : Menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.
■Nombor bawah (80) : Menunjukan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa kita rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan kita. Jika tekanan darah kita tinggi, doktor kita akan memeriksa semula tekanan darah kita untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah kita yang sebenar.
Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai tekanan darah tinggi (hypertension).
■Tekanan darah optima : 130 / 80 mmHg. Ini nilai ukuran yang ideal dan sihat.
■Tekanan darah tinggi : Lebih daripada 130 / 85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180 / 110 mmHg. Kadar tekanan darah kita adalah terlalu tinggi.
■Tekanan darah rendah: Kurang daripada 130 / 75 mmHg.
Kita selalunya tertipu dengan darah tinggi. Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Kita mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama merasa diri kita sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada kita menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah kita secara berkala.
Apa risiko tekanan darah tinggi ? Jika tekanan darah kita kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung, angin ahmar, kegagalan jantung atau kerosakan buah pinggang.
Tekanan darah rendah (hypotension) pula adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah kita yang sememangnya berbeza perlukan perhatian kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlit dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti: stroke, penyakit jantung, penyakit pada mata atau pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah.
Tanda-tanda awal pesakit darah rendah ialah seperti: cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap; pernafasan cepat dan pendek, depresi serta cepat haus.
Jika tekanan darah normal atau optima (130 / 80 mmHg), kita perlu terus mengawal tekanan darah kita, dengan cara :
■Memeriksa tekanan darah kita secara berkala - 2 kali setahun jika kadarnya normal.- Lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika kita mempunyai ahli keluarga mengidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung.
■Tidak merokok. Nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salurnadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.
■Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan garam dan lemak. Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah. Lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling dinding salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang.
■Kekalkan berat badan unggul.
■Bersenam secara berkala.
■Elakkan pengambilan alkohol.
Jika kita menghidap tekanan darah tinggi, ikuti langkah-langkah berikut:
■Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.
■Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor/pegawai farmasi.
■Jumpa doktor secara berkala bagi mengawal tekanan darah kita.

Langgan:
Catatan (Atom)